Powered By Blogger

Saturday, November 14, 2015

Movie review: SPECTRE

Hi assalamualaikum semua, apa khabar korang?  Harap semua baik-baik sahaja.

Setelah lama tak update blog, sekarang baru nak update, huhu, sorry folks.

Minggu lepas dapat peluang pergi tengok Spectre, and here's the review:-

Title :James Bond :SPECTRE 

Actor : Daniel Craig, Christopher Waltz

Year:2015

Co-producer:Daniel Craig

Director: Sam Mendes

'gray, a well balanced art to present a deeper understanding of bond personality '

Okay, err how to begins with, the theme itself represent to tempting, tempted, to be temp, which is why the sublime art is the devilfish.

An excellent opening, menggunakan hari mengingati yang mati, the art of skull and exoskeleton mengmanifestasi kan lagi maksud spectre secara tersirat.

All leading to one thing, itu lah basic fundamental yg di cerapkan dalam karya yg keempat ini, yes I admit, it's a bit draggy, and slow pace, and for Pete sake bond get laid like 3 times (so much for interrogation lol)

This is merely gunakan skyfall concept, but edit-edit sikit pastu touch up, sikit and ta-da here's spectre. And is it me, or mmg 56% of this movie are bond promote cloth and suits, and eyewear too,  doesn't matter gadget or whatnots, real bond related to skills and integrity that drives audience tak senang duduk dengan aksi bond, yes,  director cuba untuk balance kan between action and dialogue, but macam kurang sikit.

Opening yg agak abstrakif  menggunakan tema devilfish for temptation, yg agak unik, mempersoalkan what truly heart of men truly yearn,  what's the deepest desire that need to be fulfilled, berserta lagu writing's on the wall dendangan Sam Smith sememangnya mempersoalkan tentang kehidupan, how to live and how to love, lagu ini juga menzahirkan kan lagi hasrat Bond yang tersirat,  seolah memberi klu bahawa tamatnya kerjaya bond sebagai agent 007.

Overall it's pretty good wrap up for Bond franchise recommended for all bond fans.

Personal rating : 7.5/10

Sunday, March 22, 2015

Looking back what's left.

Hi,  Assalamualaikum semua,  apa khabar korang?  Harap korang sihat-sihat saja.
So lepas 3 tahun baru la aku nk jenguk balik blog aku yg sememangnya dah jadi sarang tikus, lipas dan haiwan-haiwan sespesis dengan nya, huhu  nak sambung saga pun idea kering, walaupun kat Malaysia sekarang musim tengkujuh, Eh betul ke?  Ye kot, Huhu.

So lepas 3 tahun ape jadi dengan aku?
Kalau nak kata surface memang banyak dah habis belajar, dah kerja apa semua, tp dalaman,  hm masih sama, still good old me.

So Hari ini, aku nak cerita pasal ikhlas.
Sejauh mana korang faham akan erti keikhlasan itu?
Dalam dunia yang mengagungkan 'nothing is free'  masih wujud kah ikhlas itu tersendiri?

Zaman sekarang nilai ikhlas itu teramat lah mahal nilainya
Kenapa?
Sebab jarang manusia zaman sekarang ikhlas dalam melakukan sesuatu perkara.
Bagi pandangan aku,  ikhlas tu tak perlu di sebut-sebut.
Ikhlas tu tak perlu di ungkit-ungkit
Ikhlas tu tak perlu di ingat-ingat
Tak di nafikan bila kita tengah marah dekat seseorang itu. Pasti kita akan ungkit balik pemberian 'ikhlas'  kita pada orang tu.
Elak kan lah, sifat begitu, nanti marah tu meresap dalam jiwa lalu menjadi takbur dan riak.
Ok lah sampai sini sana entri kali ini,  nak tulis banyak-banyak tak tahu nak tulis apa lg, huhu ok la assalamualaikum.  :)

Wednesday, December 21, 2011

Saga #2

"Kami pasti akan merindui kamu" Kata-kata yang di ungkapkan oleh Tuanku yang merapatiku untuk berangkat ke dunia baru tak lama lagi,"Ingatilah Anakku,mereka dan kita tidak kurang bezanya,masing-masing ciptaan yang Maha Esa,usah lah kau bergundah hati kerana mereka akan memahami dikau wahai anakku" sesungguhnya pemimpin ku yang bijak serta berwibawa tahu apa yang ada di bumi dan di sini,"Tuanku,Anakanda mohon beredar sebentar" aku ke Taman Zeirouck untuk secebis ketenangan"cepatkan masa berjalan,tak sangka awak dah pun mencapai tahap putera cahaya" aku menoleh dan mencari sumber suara yang berbunyi,ternyata tekaan aku tepat Akeira yang bersuara,aku sekadar senyum melihat telatah gadis muda yang sekadar merunggut kerana aku lagi cepat meningkat dewasa berbandingnya,meskipun umur kami sama."ala nanti awak pun akan ikut kita jugak"
aku menjawab dengan senyuman yang selamba,"tapi,kita nak pergi dengan awak,kita tak nak tinggal sorang-sorang dekat sini,kita sunyi"Akeira tertunduk sepi dan sebutir mutiara jatuh dari sisip matanya,lantas,aku mengelap air mata yang semakin bercucuran ke lantai"Eira,usah risau kita pasti akan bertemu,meskipun bukan di sini." Akeira masih menangis teresak-esak walaupun penjelasan telah ku buahkan."Tapi kalau awak tak kembali macamana? adakah awak pun akan jadi seperti Xelouis?" aku tersentap,teringat aku pada Abang 12 ku yang begitu rapat semasa aku kecil,yang akhirnya hilang cahaya hidupnya."Tapi dia..." Akeira memotong "awak ingat kita boleh ke tengok awak jadi macam dia?..."Akeira terlutut ke tanah,"kita sayangkan awak,sayang sangat-sangat."Aku hanya terpaku selepas mendengar pengakuan Akiera dalam keadaan yang memilukan,tapi dalam pilu,aku masih bersyukur yang aku tidak bertepuk sebelah tangan"Eira,jika cinta kita kuat pastinya kita akan bertemu jua di sana aku menunding jari pada bulatan yang diliputi air dan tanah"Cinta kita?" Eira tertanya-tanya apa yang di maksudkan dengan "cinta kita" itu tadi..
Dengan senyum aku menjawab"ye,Eira, Ryouz cintakan Eira sejak kali pertama kita bersua" Eira terpaku,namun jelas terlihat dia menghemburkan air mata kegembiraan"lembab! tahu tak berapa lama saya tunggu untuk awak luahkan kepada saya?"maaf la"aku sekadar tersipu-sipu malu,dengan spontan dia memeluk tubuhku "akhirnya....terima kasih ye Ryouz,kerana beritahu...perasaan awak terhadap saya" aku terdiam,aku mengerti sangat kenapa dia kata begitu,"maaf la selama ini saya menyembunyikan perasaan ini,lagi pun,awak tahu kan,saya di paksa oleh Benoch" aku cuba mengimbas kembali awan hitam yang pernah berjerebu di Dunia Cahaya pada satu seketika dulu........
"Kuat lagi!,kamu tu Putera! bukan puteri!" pekik Ketua penjaga Tahanan Zethuith yang berang memaksa setiap banduan atau persalah melakukan kerja buruh kasar,walaupun Raja kami tidak menyetujui akan peraturan yang sebegitu namun apatah daya ini sahaja cara untuk meringankan statistik jenayah di kawasan B098,masa tu aku sebagai pelajar di Akademi Alchroszealeas yang masih menuntut ilmu asas sebagai Noer.."Ryo lepas ni nak pergi ke mana?" tanya Leaon kawan rapat ku."hmm,kau rasa?"sengaja aku minta dia yang berikan jawapan kerana dia lebih arif membuat keputusan."pergi Castheth de Jarg je la,ade kerja aku kena siapkan"aku tersenyum sinis"hoi,kita dah masuk tahun terakhir la,ade yang kau tertinggal lagi ke?" Leaon tersipu malu "ala sebenarnya tak ada yang penting pun tapi...." muke leaon merah padam macam api baru menyala "hmmm kau nak pergi cast sebab,Zrya kan?" kali ini Leaon betul-betul tak dapat tahan malu yang masih bertakhta di muka dia."kau pun tahu kan yang aku dah lama memendam rasa aku terhadap dia,dan aku....aku...."dengan pantas aku memotong"opp,cukup.dah sekarang ni kau jangan banyak cakap jom ke Cast"
Tanpa sebarang petanda Leaon pun bergerak umpama lipas kudung."Amboi,pasal Zrya aje laju kau kan!" Leaon tidak hiraukan kata-kata sakat aku,namun dia percepatkan langkah untuk ke Castheth de Jarg,aku hanya mampu tersengih dan mengikuti dia dari belakang.
Setelah sampai ke Castheth de Jarg aku ternampak Zrya dan seorang lagi puteri cahaya,"tak pernah nampak pun,pelajar pindahan ke?" aku berbisik dengan diri aku sendiri,"ha! kau tengok ape tu ha?" sergahan Leaon memeranjatkan Zrya dan budak baru itu,"maaf ye adik,sila perlahan kan suara eh" teguran mesra dari pelayan Castheth itu,membuat aku rasa termangu seketika"maaf eh kak,kawan saya ni terlebih makan ubat" aku cuba untuk bergurau.
pelayan tersebut sekadar tahan gelak,kerana majikanya sedang memerhati.
Lantas aku memberi pandangan yang tajam padan Leaon,"apa? aku tengok kau khusyuk je pandang budak tu,ada apa-apa yang tarik perhatian kau eh?" soalan Leaon betul-betul menjerat otak dan hati aku.aku bermonolog seketika."adehh macamana la dia boleh tahu,aku ni tenung lama sangat ke?" segera aku menafikanya,"eh,mana ada! kau salah tengok tu" Leaon sekadar senyum lebar"macam la aku tak kenal kau,tak pe la,kalau kau tak nak bagitahu,lambat-laun aku akan tahu jugak hehehe" Gulp! aku tergamam seketika,tapi kenapa aku harus takut? apa salah aku? tenung pun salah ke? soalan ini yang tercacak di dalam kotak pikiran aku.
"Ketepi! Ketepi!!" aku dan Leaon terdengar suara yang agak kasar,"dia...." aku tergamam seketika melihat sekujur tubuh yang agak besar daripada ku."Zuroucz!" Leaon menutup mulutnya dengan pantas lantas ketekejutanya melihat Zuroucz di hadapan dirinya sendiri,"kau ni,memang dilahirkan kurang ajar eh? ke kau memang tak de adab dengan orang tua ha?!!" tengking Zuroucz pada Leaon,Leaon sekadar membatu,lutunya berketar-ketar,aku sekadar memerhatikan Zuroucz yang semakin menggila,dah macam orang hilang akal aku tengok dia ni.."yang kau apa pasal? pandang-pandang dia,kau bercinta dengan dia eh?"soalan itu memanaskan kepala ku,menghidupkan teras keberangan ku,dan yang paling utama,dia telah bermain api dengan orang yang salah,tanpa berfikir panjang,satu tumbukkan padu telah pun menyengat di perut Zuroucz,ternyata tumbukkan aku bukan sekadar sakit,tapi juga berbisa,setelah Zuroucz melutut di hadapan ku,satu sepakan padu menyerang di muka Zuroucz,menyebabkan dia jatuh tersembam,ternyata latihan saudara Zath tidak sia-sia,kekuatan aku dah banyak meningkat,tanpa membuang masa segera aku mengheret Zuroucz di hadapan orang ramai"Leaon kau pesan minuman biasa aku,nanti aku datang" Leaon hanya menganguk,aku tahu dia masih dalam ketakutan,"woi! lepaskan aku la budak mentah! kau tak layak sentuh aku! Aku Xoer!" aku diam seketika,aku memandang tajam pada zuroucz,"kau tak layak untuk gelaran pahlawan Xoer!!" dengan berang yang masih berbaki,aku mengheret Zuroucz dengan sekuat hati,lantas aku campakanya di hadapan Pusat tahanan Zethuith,hentaman tubuh Zuroucz yang agak gempal telah menyebab kan sekitar kawasan tersebut menerima hentakan.warden Zethuith muncul dengan segera dan kelihatan terpinga-pinga kerana tidak mengetahui apa-apa"apa yang sudah berlaku di sini? kenapa disini seperti keadaan kacau-bilau" dengan tunduk hormat aku bersuara"Tuan warden,Saudara Zuroucz telah melanggar peraturan Berztha,dengan bermegah-megah pada saudara yang lebih kecil"
"begitu rupanya....terima kasih atas keperihatinan kamu.Tuan muda IV"aku tersentap seketika atas panggilan Tuan Warden yang begitu Hormat padaku "macamana dia tahu tentang aku yang aku berketurunan Raja Shutath?" aku bermonolog lagi sambil melihat Tuan Warden menarik Zuroucz ke dalam Pusat Tahanan Zethuith.Aku sekadar berdiam dan berfikir sejenak,"macamana ye" soalan itu masih terapung-apung di dlam teras pemikiran ku...
"Mana dia ni?" Dia merungut menunggu macam tunggul yang menunggu untuk di buang ke dalam Sungai Vexelia."Ha! datang pun,kenapa lambat sangat?" tanya Leaon yang sambil bercekak pinggang."Maaf la,lagi pun aku hantar dia ke tahanan sekali,kau ok tak ni?" tanya aku dengan kerisauan yang masih tertinggal untuk Leaon."Aku ok je,hehe"jawab Leaon dengan senyuman yang serba riang."Dah macam perjumpaan semula 1000 tahun cahaya dah aku nampak korang ni" satu suara asing menyimpang pada perbualan kami "oh ya,maaf.Ryouz kenalkan ini Benoch,Benoch ini..." dengan segera aku memotong "Ryouz!"sambil menghulurkan tangan untuk dijabat,"Benoch!" dengan senang dia menyambut jabatanku,aku sekadar senyum senang,"oh ya Maaf kenalkan Akiera,teman secahaya ku!"teman secahaya? begitu mereka salah satu pasangan Lovcotheth,pasangan yang telah di tetapkan untuk bersama untuk generasi akan datang."hai! saya Akeira" dengan manis senyumnya dia perkenalkan dirinya."Panggil saya Ryouz" dengan mesra aku perkenalkan diri."Leaon pesanan aku tu kau dah mintak ke belum?" spontan aku betanyakan kepadanya yang asyik bermesra dengan Zrya. "Alamak belum,hehe maaf" aku mendengus"hmm,susahla orang yang di panah asmara ni"Leaon tersip-sipu malu sedangkan Benoch dan Akiera sekadar bertawa kecil.Tanpa membuang masa aku segera ke kaunter pesanan untuk memesan minuman yang aku ingin."bagi saya Cheth Guoer satu" "baik Tuan" dengan senyum pelayan tersebut membalas pesanan ku."Jadi kau datang dari mana?" tanya Benoch padaku."Sektor 13,Pangkalan Galx"
"yeke? aku tak pernah nampak kau pun kat sana"Tanya Benoch dengan kemusykilan "hmm,aku jarang ke sana walaupun rumah aku kat sana,aku lebih suka ke Sektor 99,biasanya aku dengan Leaon ni je."jawap ku dengan yakin."oh begitu,aku dekat Sektor 001,kau pernah pergi?" tanya Benouch dengan musykil bercampur megah."tak,kan situ kawasan Elit,jadi kau ni,Elite la eh?" soal aku yang seperti orang bodoh."Ah,lebih kurang macam itu la,Bonda dan Ayahanda aku pegawai Sparczech" jawab Benouch dengan selamba."begitu,jadi kau belajar dekat akademi?"
"A-veiz" aku tak terkejut orang seperti Benouch mampu belajar di sana."dah sampai mana pengajian kau?"Sem 5/2 lg dua sem aku nak habis" aku sekadar menangguk tanda yang aku faham.

Awan gelap berarak menandakan hari hendak hujan,aku bergegas keluar dari Castheth de Jarg
"Patut cerah hari ni......" aku cuba mencari suara yang menangkap tumpuan ku, "Hai, tak balik lagi?" Akeira sergah ku dengan selamba, aku terpaku sebentar,harumnya bau Akeira meresap seluruh rongga tubuhku, ah wangi..."Awak tak ada latihan hari ni?" Tanya Akeira selamba.
"Ah, tak sebab Abang Xeor ada tugas di luar" jawab ku dengan jelas "oh,umm.." Akiera seolah menahan sesuatu. "ada apa-apa yang tak kena ke?" Tanya ku. "Ade teman serupa tak ada teman" Akiera merungut kecil. Aku faham akan keadaan dia yang sunyi tanpa teman.
"Ikut Ryouz nak?"Pelawa ku. "Ke mana?" Tanya Akiera bingung."Ala ikut je" "Ok..." Akiera akur tanpa kata, "Mari" Aku terbang ke angkasa bersama Akiera.
Setelah hampir separuh perjalanan Akier sudah mula kepenatan "Ryouz... jauh lagi ke?" Kesian pulak dekat Akiera ni, tanpa kata aku menggendong Akiera dengan kedua tangan ku "umm..Ryouz..." muka Akiera malu kemerahan, nak buat macam mana...
Setelah merentas beberapa Awan tertinggi Dunia Cahaya akhirnya aku dan Akiera sampai ke destinasi yang di tuju Akiera telah pun terlelap di dalam pangkuan ku, kesian mesti penat monologku sambil tersenyum melihat wajahnya yang lena tidur..
"Ermm, dah sampai ke?" geliat sambil bertanya padaku "Akiera tu, lena bukan main sampai Ryouz kejut pun tak bangun-bangun" gurau ku, sengaja aku biarkan Akiera terlena lama sikit, kesian tunggu Benouch sampai dia pun lesu.. "oh..umm.." Akiera sekadar membatu tanpa kata "Lama sangat ke Akiera tunggu Benouch tadi?" "Lama la jugak... Baru-baru ni dia selalu tak tepati janji.." Akiera tertunduk " Jumpa pun dah jarang,nak kata ada tugas dia tak bagitahu pun, Ryouz... Akiera rasa.... Benouch sembunyikan sesuatu.." Luah Akiera.
Aku hanya sekadar mendengar,mungkin ada benar kata Akiera, meski Benouch Elit tak semestinya dia tu sempurna, "Ryouz rasa Benouch ada teman baru?" Akiera mengalih pandangan ke arah ku,"kalau ye?" soal Akiera mohon kepastian "Elok putuskan saja" jawabku dengan selamba. "Tidak! Akiera perlukan dia, Akiera sayangkan dia Tahun hadapan kami rancang nak berkahwin..." Tunduk Akiera dengan linangan Air mata yang bercucuran."Akiera..." panggil ku lembut sambil mengangkat muka dia. " Akiera kenal dia berapa lama?" tanya ku.
"Sejak kecil, dia anak kawan baik ayahanda Akiera" jawab Akiera dengan sendu " Tak semestinya hubungan yang lama terbina boleh membahagiakan, mungkin Akiera sayangkan dia, tapi dia sayangkan Akiera tak?" Tanya ku mohon kepastian "Akiera tak tahu... Akiera... Hanya nak orang yang ikhlas dekat Akiera...Tapi... kenapa? Kenapa semua ni berlaku dekat Akiera?" Luah Akiera "Akiera...tak kira apa, Akiera tak akan keseorangan mungkin kita baru je kenal tapi Ryouz dah cukup mengenali diri Akiera, Ryouz tak nak tengok Akiera menangis lagi" sambil ku mengesat air mata dia "Dah tak mahu nangis lagi..."pinta ku.
"umm, ok..Ryouz ini...." Akiera terdiam seketika setelah mendapati dia berada di suatu tempat yang agak asing bagi nya " inilah Taman Peaxy salah satu dari pada tujuh Taman Harapan Dunia Cahaya" jelasku, "Wah..Indahnya..." Wajah Akiera kembali ceria. Senyuman Akiera sangat manis, buatkan aku turut tersenyum.. "Mana Ryouz tahu tempat ni?" tanya Akiera dengan  hendak tahu, "Masa kecil Ayahanda selalu bawak Ryouz ke sini,dan dia amanahkan Ryouz menjaga tempat ini.." Jawabku. "Begitu..." Kelibat Bertubuh sasa yang munculnya entah dari mana menganggu tumpuan ku, "Ryouz, itu..." Belum sempat aku bersuara apa-apa Akiera dah Melangkah mengahmpiri kelibat tersebut Tak kan la..B..."Akiera!, Akiera!" jeritanku gagal menghentikan langkah yang semakin laju ke hadapan, aku pantas menghampiri Akiera dan kami semakin hampir dengan kelibat yang sedang bersama seseorang, dan langkah kami terhenti, Tak tersangka yang perkara seperti ini akan terjadi Akiera telah pun rebah ke tanah,sementara aku masih termanggu-manggu hendak buat apa.. Tangisan Akiera jelas kedengaran walaupun halus bunyinya, Aku merapati dan memimpin Akiera yang longlai..
"Ryouz...." Masih jelas kedengaran suara Akiera yang tersendu-sendu kerana kelibat di hadapan kami ialah...
~Bersambung~ 

Wednesday, June 15, 2011

Saga #1

Aku memandang di luar jendela kamar ku,perasaan yang berbaur resah serta,ketakutan meliputi sekujur tubuh ku,"Anakanda, kenapa masih belum bersiap?" tanya seorang wanita yang separuh abad,yang menjaga dan menyusuku sejak umurku masih kecil,masih terasa kehangatan kasih sayang,wanita itu,melalui pancaran indera nya,"Anakanda takut bonda." Jawabku dengan perasaan yang tidak punya keberanian..
Dengan sekuntum senyuman yang menawan dia menjawab "Usah risau anak ku,masakan kakanda mu,mampu melakukan nya,inikan pula kamu,yang bakal mencipta hikayat sebagai manusia di muka bumi itu" sambil menunjukkan sfera bulat yang diliputi lautan dan tanah,di situ,terdapat tamadun yang serupa dengan kami,ada desas-desus mengatakan yang kami bersaudara dengan mereka,aku sekadar membatu,dengan hormat aku meminta diri untuk ke taman Zeirouck,di mana tempat aku sering meluangkan masa di kala aku kerisauan,di mana terpuncaknya,menara Aires,di mana kami sering memohon petunjuk dan keputusan yang mana harus aku pilih,aku bertafakur seketika,untuk bermunajat.Selepas bermunajat aku bersiar-siar di taman sambil mendengar Soursaurus berkicauan,berlagukan kasih dan sayang,aku masih dalam kekeliruan dan keresahan,"Apakah mereka juga akan memahami ku,seperti kami memahami mereka?"
Timbul persoalan kecil di dalam teras kehidupan ku...
Apa pun yang berlaku,aku kena bersiap,kerana harinya menjelang tiba untuk aku mengahadapi segala kemungkinan yang bakal terjadi.. perungkaian yang bakal di miliki...Jawapan yang akan ku cari....
tapi,mampu ke aku berdiri?
~Akan bersambung~